PUSAT KEGIATAN GURU PERTANG

Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan Tahun 2009

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan. Pertandingan itu telah dijalankan pada bulan Ogos yang lalu bertempat di Glory Beach Resort. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri telah dipilih untuk menjadi jawatankuasa Rakaman bagi pertandingan tersebut.

PKg Pertang sekali telah diminta untuk membuat rakaman pertandingan Separuh Akhir dan Akhir. Walaupun tempat tinggal tidak disediakan oleh pihak penganjur dan BTPNNS tetapi PTP PKG telah cuba untuk menjalankan tugas rakaman tersebut.

Tuah menyebelahi tuan rumah buat kali kedua berturut-turut. Negeri Sembilan yang diwakili oleh SMK Undang Musa Al-Haj telah berjaya menempah tempat ke pertandingan akhir bertemu wakil dari negeri Pahang. Di peringkat akhir wakil Negeri Sembilan telah diberikan tentangan hebat oleh Negeri Pahang.

Tahniah diucapkan kepada SMK Undang Musa Al Haj kerana telah berjaya muncul sebagai Johan Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan untuk kali Kedua berturut-turut. Diharapkan agar kecemerlangan ini dapat diteruskan untuk tahun akan datang.

Sebagai jawatankuasa rakaman di sini di muat naik rakaman pertandingan Separuh Akhir dan akhir yang melibatkan pasukan Negeri Sembilan untuk tontonan bersama. Diharapkan video ini dapat memberi manfaat kepada sekolah lain.

Sekian terima kasih.

Peringkat Separuh Akhir (NSDK lwn Melaka)

Pertandingan Akhir (NSDK lwn Pahang)

p/s   :     Sila download untuk menonton dengan lancar.

1 Comment »

  1. haikalpekan Said,

    16/02/2010@ 11:33 pm      

    good


RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Comment