PUSAT KEGIATAN GURU PERTANG

Pengajaran dan Pembelajaran Jawi Pemulihan

Tulisan Jawi semakin dilupakan kini tetapi usaha untuk memartabatkan tulisan jawi sentiasa dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Atas dasar itulah, maka BTPNNS sentiasa mencuba untuk mengketengahkan pelbagai teknik dan kaedah yang menarik untuk mengajar Jawi.

PKG Nilai dan SK Dato Shahbandar Abu Bakar telah mengorak langkah menuju ke arah ini. Untuk itu, satu rakaman sessi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Jawi (Pemulihan) telah dilaksanakan di sekolah tersebut. Teknik yang digunakan bukanlah yang terbaik dan tidak dinafikan masih terdapat banyak aspek Pedagogi yang perlu di perbetulkan.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru J-Qaf yang baru 2 tahun mengajar, pujian harus diberikan kepada guru tersebut kerana telah berjaya menjalankan sessi pengajaran dan pembelajaran ini.

Pihak krew pengambaran tidak dapat menegur dari aspek teknik pengajaran yang digunakan. Segala teknik dan kaedah yang digunakan datangnya dari pihak guru itu sendiri.

Sebanyak 2 video telah dihasilkan. Bagaimanapun, atas kesibukan editor BTPNNS hanya 1 video yang telah siap dan satu lagi masih di dalam proses editing. Jutaan kemaafan dipohon kepada pihak sekolah kerana BTPNNS hanyamempunyai seorang editor untuk menyiapkan segala proses penggambaran yang dijalankan oleh pihak BTPNNS.

Sekian, terima kasih.

Proses Pengajaran dan pembelajaran Jawi Pemulihan SK Dato Shahbandar Abu Bakar.

Proses Pengajaran Bahasa Arab Tahun 3 (Coming Soon)

p/s * Sila download video ini untuk tontonan yang lebih lancar.

Leave a Comment