MESYUARAT PENGURUSAN PPD JJ BERSAMA PEGWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAERAH JJ BIL 1/2012

Wednesday, March 14th, 2012

MESYUARAT PENGURUSAN PPD JJ BERSAMA PEGWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAERAH JJ BIL 1/2012

TARIKH : 08/03/2012

MASA : 2.00ptg

TEMPAT : PKG LUI

BENGKEL APLIKASI BAHAN MBMMBI DALAM P&P UNTUK SEKOLAH AHLI PKG LUI & PKG PERTANG TAHUN 2012

Wednesday, March 14th, 2012

BENGKEL APLIKASI BAHAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS (MBMBI) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK SEKOLAH AHLI PUSAT KEFIATAN GURU LUI DAN PUSAT KEGIATAN GURU PERTANG TAHUN 2012

TARIKH : 06/03/2012 (SELASA)

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT PUSAT KEGIATAN GURU LUI, d/a SK PASOH 3 (F)

Mesyuarat GPM/GPB/JTK Sek PKG Pertang

Friday, March 2nd, 2012

Tarikh : 28/02/2012

Masa : 2.30ptg

Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Pertang

Mesyuarat Permuafakatan PKG Pertang Tahun 2012

Thursday, March 1st, 2012

Tarikh : 24/02/2012

Masa : 2.45ptg

Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Prtang

Khidmat Bantu Sekolah Bengkel MBMMBI di SK Gelang Terusan.

Tuesday, February 28th, 2012

Pada 16/02/2012 pihak PKG telah menbantu bengkel MBMMBI di SK Gelang Terusan.

 

Permantauan ICT & Makmal Bahasa MBMMBI di Sekolah.

Tuesday, February 28th, 2012

Pada bulan Feb 2012 pihak PKG telah menbuat permantauan ICT dan Makmal Bahasa ke semua sekolah di bawah PKG Pertang,

Pegawai yg memantau PTP En NOOR AZMI B YUSOF bersama JTK SHAHRULRIZAM B IBRAHIM.

Budi Dijunjung Jasa Disanjung

Thursday, October 28th, 2010

Pada 20 Oktober 2010, Majlis “Budi Dijunjung Jasa Di sanjung” sempena persaraan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus telah diadakan di Dewan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban telah di adakan. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran wakil rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu Yang Berhormat Dato Shamshulkahar bin Mohd Deli, Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

Majlis yang sungguh bermakna buat Dato Pengarah telah mengungkap kembali detik-detik kegemilangan dan perkhidmatan Dato. Beliau memulakan perkhidmaan sebagai guru biasa di SM Batu Kikir pada 1 Jun 1976. Kemudiannya berpindah ke beberapa sekolah sperti SM Mantin, SM Tuanku Ampuan Durah dan SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah.

Semasa pentadbiran Dato’ , Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) telah mengukir nama dalam pelbagai bidang pendidikan tidak kira di bidang kurikulum mahupun Ko-kurikulum. Atas jasa-jasa beliau, pihak PKG Pertang melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) telah diminta untuk menyiapkan satu video klip tentang Dato Pengarah JPNS.

Disini kami memuat naik video klip tersebut untuk dikongsi bersama semua warga pendidik terutamanya di Negeri Sembilan yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut.

Download link :   Part 1 | Part 2 | Part 3

Sila join semula video menggunakan Hjsplit Pro

Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT di Sekolah

Wednesday, September 8th, 2010

Pemantauan penggunaan Inisiatif ICT di sekolah-sekolah sedang berlangsung dari 19 September hingga 8 Oktober 2010. Kerjasama dari semua Guru ICT sekolah agar dapat memuat turun borang offline yang dilampirkan bersama untuk memudahkan kelancaran urusan pemantauan.

Kerjasama di pohon dari semua guru-guru ICT sekolah untuk mengembalikan borang tersebut ke PKG Pertang sebelum 1 Oktober 2010 untuk membolehkan urusan pengisian data secara online dilakukan oleh pihak PKG.

Pihak sekolah juga boleh mengisi data secara online dengan melayari laman web http://ssqs.moe.edu.my dengan menggunakan username kod sekolah masing-masing dan password : 123.

Surat lampiran :

Borang kosong pemantauan – Copy.doc

Projek Penyelenggaraan Peralatan ICT di sekolah

Wednesday, April 14th, 2010

Pada 12 April 2010 PTP PKG Pertang telah menghadiri Taklimat Projek Penyelenggaraan ICT di Sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang bakal dipilih untuk projek ini. Pihak PKG akan datang untuk membuat verifikasi atas kerosakan yang peralatan ICT di sekolah. Bagaimanapun, penyelenggaraan ini hanya meliputi peralatan ICT yang telah di laporkan melalui Laman web “Support Ticketing Systems” yang telah diperkenalkan oleh KPM pada tahun lalu.

Berikut disertakan senarai Laporan Kerosakan Peralatan ICT di sekolah yang telah dilaporkan sepanjang tahun lepas. Kepada semua Guru Penyeleras ICT / Juruteknik Komputer / Fasilitator Schoolnet di sekolah diharap agar dapat menyemak dan mengemaskini segala borang-borang laporan (KEW.PA2 , KEW.PA 9) sebelum 19 April 2010 untuk tindakan pengesanan kerosakan komputer.

Sila download senarai laporan yang dilampirkan ini untuk menyemak status laporan bagi setiap sekolah. Sebarang masalah boleh hubungi pihak PKG Pertang untuk makluman dan keterangan lanjut.

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Pertang

Bahan muat turun

1.   Senarai laporan yang telah di terima – format Excel (37.5 kb)

2. Manual Panduan Projek Penyelenggaraan ICT Sekolah – Format pdf (4.3 mb)

Pengisian SSQS

Monday, April 12th, 2010

untitled

Sehingga ke hari ini (12 Apr 2010) hanya 2 buah sekolah yang telah berjaya menyiapkan pengisian data SPPICTS. Tahniah diucapkan kepada 2 buah sekolah tersebut. Bagi sekolah-sekolah lain, bagi mengatasi masalah kesesakan yang biasanya di hadapi bagi pengisan data ini, pihak PKG membantu dengan meminta semua sekolah agar dapat mengisi borang yang dilampirkan bersama ini.

Pihak PKG akan membantu sekolah untuk mengisi borang on-line mengikuti tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak BTP. Diharapkan semua sekolah yang masih belum menyiapkan proses pengisian data agar memuat turun borang dibawah dan memulangkannya semula ke PKG sebelum 23 April 2010.

Pautan muat turun :

1. Borang pemantauan kosong – Format Microsoft Word 2003

2. Carta Alir Proses Pengumpulan Data SPPICTS.doc

3. Surat pengisian Data

PKG berharap dengan usaha ini masalah kesesakan talian semasa mengisi data dapat diselesaikan bersama. Sekian terima kasih.